Monday, February 16, 2015

Ais-cream pasu

Hai dah lama Nurul tak post blog gara-gara laptop masuk wad balik. Banyak jugak bento-bento yang dah dibuat tapi tak sempat lagi nak post.

Kali ni kita berehat dari berbento dan jom kita terjah ais-cream pasu yang Nurul beli di GM Klang. Mungkin boleh dapat idea baru untuk berbento...mmmmm ideaaa coming to meee...




RM5.50/cup

Ais-cream biasa je cuma hiasan dia menarik membuatkan Nurul gatai nak beli. Pasu boleh simpan lepas ni mungkin boleh buat untuk future kids pulak :). Gerenti budak pun seronok.

Sunday, January 25, 2015

Chawanmushi

Dah banyak hari buat bento untuk suami tapi asyik lupa amik gambar. Hari ni buat special sikit untuk si suami>>
Chawanmushi
Siapa pernah makan angkat tangan!!
Chawanmushi ni selalu ada jual kat Sushi King dan kedai-kedai restaurant Jepun.
Cara buat dia pun senang kiki emoticon
Resepi ni saya dapat 3 cup Chawanmushi
Untuk buat bhagian telur:
Campurkan>>
> 2 biji telur yang dah di pukul perlahan dengan chopstik atau garfu tapi jangan smpai berbuih banyak sngt
> 1 cawan air yang dicampur dengan 1/2 kiub ayam (kacau smpai kiub larut dgn air dulu)
> 1 sudu kecik soy sauce (kalau jepun guna sake)
Untuk bhgian base pulak boleh ikut suka je nak buh apa.
Sya letak :
> ayam yng dipotong kecik kemudian saya goreng dengn soy sauce.
> sayur campur
> cendawan
Cara nak susun dalam acuan atau cawan:
1. Susun bhan2 base dalam acuan/cawan
2. Tapis dulu campuran telur tadi dengan penapis lepas tu tuang dalam acuan/cawan
3. Tutup acuan/cawan dengan plastik wrap
4. Kukus dalam kuali (saya guna periuk nasi yng boleh kukus) lbh kurang 10mnt. Kalau siapa yang kukus dalam kuali pasti kan kukus api perlahan.
5. Lepas 10 minit tutup api lpas tu cucuk lidi dekat tengah2 untuk pastikan Chawanmushi dah masak.
6. Biar sekejap dalam 5 minit untuk sejuk. Hias dengan daun sup. Lepas tu boleh terus makan smile emoticon.
Boleh juga buat banyak2 simpan dalam peti ais lepas tu nak makn kukus je balik dlm 3 mint. Cara senang lagi rendam acuan/cawan (pastikan tutup ngan plastik wrap) dalam bekas ada air masuk dlam oven. panaskan dalam 3 ke 4 mnt.
Siap

Salah satu hiasan menarik Chawanmushi yang akan membuatkan anak-anak anda teruja

kiki emoticon



Friday, January 23, 2015

Tahukah anda perbezaan dan kegunaan tepung beras yang ada di pasaran??

TEPUNG BERAS..
yang patut anda tahu bila nak membeli...
Ada pelbagai jenis tepung beras.. pasti ada yg tak terfikir apa bezanya...bagi kita asal tepung beras semuanya sama
Ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah..tepung beras biasanya asal di perbuatkan dari negara thailand...
Pasti ada yg tak perasaan kan
Hari ni akan diterangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada


TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
*Sangat sesuai untuk mengoreng..seperti buat adunan utk goreng pisang..keledek...keladi..cempedak...adunan gorengan ikan...seperti goreng mamak..goreng berempah...
*tepung ini sangat ranggup
*sesuai untuk buat rempeyek..dan tumpi kacang hijau@dhall





TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
*sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti contoh kuih kuci...kuih apam beras eno...dan pelbagai lagi jenis kuih
*ia menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat






TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
*sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
*sebab ia lebih kental






TEPUNG BERAS CAP TERATAI
*Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam.
*kalau buat apam rasa tepung nya kurang
*jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup