Monday, January 19, 2015

DIY Bento Picks

Apa itu Picks??

Picks ini digunaakan untuk hiasan bento atau untuk makan makanan kecil seperti potongan buah/ayam/sausage dan sebagainya.

Di Malaysia anda boleh membeli Picks anda di Daiso atau pun Mr Diy tapi mungkin tak banyak pilihan seperti picks yang terdapat di pasarana Jepun atau USA. Bagi saya pula, saya lebih suka buat picks sendiri mengikut bentuk yang saya nak dan yang penting lebih jimat. Jika terbuang pun tak berapa ralat ;)

Patern picks kegemaran saya ialah picks yang menggunakan pencungkil lidi dan stiker timbul.



Ada 3 cara yang saya gunakan untuk membuat pick ini.

Cara-cara 1:

Lekatkan 2 stiker yang sama bentuk pada pencungkil gigi. Depan dan belakang.





Cara-cara 2:

1. Gunting stiker bersama plastik keras lapit stiker satu per satu.



2. Bukak sikit plastik keras (jangan tanggal terus) selitkan lidi dan lekat semula plastik. Tekan-tekan stiker supaya stiker dan lidi betul-betul lekat.





3. Gunting plastik sekeliling untuk hasil lebih kemas.

Cara-cara 3:

Cara terakhir paling senang. Lekat stiker pada lidi kemudian selotep je bahagian belakang stiker siap ^_^..



Ini antara koleksi picks saya >>







SELAMAT MENCUBA ^_^






No comments:

Post a Comment