Monday, January 19, 2015

Ultraman Bento

Tutorial

Ultraman Bento

Hai semua maaf lama tak update sebab laptop masuk wad. Sekarang saya akan post balik semua aktiviti bento saya semasa ketiadaan laptop hehe.

Isnin 19/1/2015
Makan tengahari bentuk Ultraman. Kalau nak masukkan dalam bekal atau nak buat bento bentuk ni, buat sampai kepala saja atau sampai badan pun dah ok (boleh ignore je kaki tu). Buat semua takut tak sempat pulak nak sediakan untuk anak-anak pergi sekolah.


Ini gambar Ultraman nya (suami tengok dia pun nak request bekal ni ke tempat keje)

Langkah 1:


Lakarkan gambar Ultraman ikut saiz sebenar yang kita nak buat. Nak senang lagi print out je gambar Ultraman ikut saiz muat-muat bekal.

Langkah 2:

Sediakan bahan-bahan seperti >>
1. Nasi panas (saya buat nasi lembik sikit supaya senang lekat)
2. Plastik wrap
3. Pewarna merah untuk seluar
4. Rumpai laut buat sushi
5. Timun untuk tanduk dan telinga 
6. Telur dadar untuk mata

Langkah 3:

Kepalkan nasi dalam plastik wrap dan tekap kan nasi pada lakaran yang dah disediakan tadi dari kepala sampai kaki


KEPALA


BADAN


SELUAR
warnakan nasi dengan pewarna merah yang selalu buat guna untuk kek tu


KAKI



Dah siap base bawah combinekan dalam pinggan/bekas bento anda


TANGAN
Lepas dah cantum dan ajust sikit bentuk kita buat tangan pulak ^_^. Bagi tangan ni bila kita dah kepal, potong bagi rata di bahagian bawah tangan bagi dia nipis dan stabil bila kita letak atas badan Ultraman ni



Siap bentuk Ultraman. (bahagian kepala pun saya potong/trim base bagi rata supaya senang nak letak atas pinggan)


Langkah 4:

Hias bahagian muka Ultraman

1. Kepala : Guntingkan rumpai laut ikut lakaran Ultraman sebelum ni untuk kepala. Lekatkan dengan menyapu sedikit mayonis (fungsi seperti gam) di belakang rumpai laut dan hiaskan atas kepala Ultraman.

2. Tanduk dan telinga : Potong timun bentuk tiga segi panjang (ikut lakaran asal) dan petak kecik untuk telinga. Cara nak cantumkan pulak cucuk pencungkil lidi di bahagian bawah timun dan cucukkan pada nasi (pencungkil lidi saya patahkan 1/3 atau 1/2 jangan panjang sangat jangan pendek sangat. Biar ngam timun dan nasi)


Untuk tanduk cucuk bahagian hujung sahaja (macam dalam gambar). Telingga pulak cucuk dibahagian tengah timun. Gunting telur dadar untuk mata. 


SIAP!!


Hiaskan bento anda dengan lauk mengikut selera dan kreativiti anda ^_^

Selamat Mencuba














No comments:

Post a Comment